Jangan ketinggalan drama Cinta Kedua, adaptasi daripada novel “My Mr. Blind Date” karya Julia Ayu yang ditayangkan secara eksklusif di Tonton bermula 20 April 2026, Isnin hingga Jumaat tengah malam. Diarahkan oleh Idora Abdul Rahman, drama ini dibintangi oleh Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi, dan Syarul Ezani.
Cinta Kedua
Drama Cinta Kedua TonTon Original Episod
Sinopsis Cinta Kedua
Filem ini mengisahkan Bella Ammara (Raden Zaharatul), yang terpaksa bercerai talak tiga akibat fitnah ibu mertuanya. Dalam keadaan yang hancur luluh, Ammara bangkit untuk membina semula hidupnya. Namun, sepucuk surat telah membawanya bertemu dengan Daniel Rizki (Hafidz Roshdi), seorang lelaki yang hampir menjadi cinta sejatinya.
Walau bagaimanapun, seperti yang sering berlaku, takdir menguji hubungan mereka, yang tidak bertahan lama. Perpisahan selama dua tahun memisahkan mereka sebelum takdir akhirnya menyatukan dua hati yang masih menyimpan perasaan yang sama.
Cinta yang mekar semula menjadi asas perkahwinan mereka, tetapi Ammara tidak menyedari hakikat yang boleh memusnahkan segalanya: bahawa Rizki sebenarnya adalah sepupu Afiq Adam (Syarul Ezani) dan juga “lelaki Cina buta” yang telah mengupahnya.