Drama Bisik Asmara TV3 Episod

Nantikan drama bersiri ‘Bisik Asmara’ yang bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula 21 Januari 2026, Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam. Episod baharu juga boleh ditonton secara eksklusif di iQIYI, sejam selepas siaran. Drama 20 episod ini diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd di bawah arahan Jamal Khan. Lakonan Zul Ariffin, Sophia AlBarakbah dan Uqasha Senrose.

Bisik Asmara

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2026
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Saluran: Samarinda TV3
Platform Penstriman: iQIYI
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Zakinah Ab Zarith
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Drama Bisik Asmara TV3 Episod

 

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Farhan
Sophia AlBarakbah sebagai Sheila
Uqasha Senrose sebagai Noreen
Ruminah Sidek sebagai Umi
Nadia Brian sebagai Aida
Wanns Ahmad sebagai Nizam
Aleza Shadan sebagai Puan Mahani
Arash Mohd sebagai Mustapha
Syazuwan Hassan sebagai Fikri
Nafiz Muaz sebagai Amirul
Amanda Misbun sebagai Nadia
Fadilah Mansor sebagai Mak Jah
Zaki Azeman sebagai Zhariff
Zahrin Aris sebagai Tuan Daniel
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Rayu Hatiku
Penyanyi: Adira Suhaimi
Komposer : Affan Mazlan
Lirik: Affan Mazlan

Sinopsis Bisik Asmara

Mengisahkan Noreen (Uqasha Senrose), seorang wanita berdikari dan berkerjaya yang hidupnya kelihatan sempurna tetapi diliputi kesunyian yang semakin mendalam. Kehidupan Noreen mula berubah apabila Farhan (Zul Ariffin), rakan sekerjanya yang berdepan masalah tempat tinggal, memerlukan rumah sewaan sementara. Farhan pula menjalani perkahwinan jarak jauh dengan isterinya, Sheila (Sophia Albarakbah) yang memilih untuk tinggal di kampung demi menjaga ibunya, Umi (Ruminah Sidek) yang uzur dan menghidap demensia.
Sebagai seorang suami, Farhan terperangkap antara tanggungjawab terhadap keluarga dan keperluan emosi sendiri. Kehadirannya yang kerap bersama Noreen sebagai jiran dan rakan sekerja perlahan-lahan mencetuskan perasaan yang tidak sepatutnya wujud, bermula daripada keprihatinan hingga berubah menjadi pergantungan emosi.

 

 

Hari demi hari, Noreen dan Farhan semakin rapat, walaupun diselubungi rasa tanggungjawab, kebimbangan, dan kesedaran tentang batasan perasaan. Hubungan yang bermula tanpa niat berubah menjadi permainan emosi yang kompleks, penuh obsesi, pengkhianatan dan cabaran terhadap kesetiaan serta kejujuran. Dalam masa yang sama, Sheila mula menyedari perubahan yang berlaku, membuka ruang kepada konflik yang semakin tegang dan keputusan sukar yang bakal mempengaruhi hidup mereka semua.