Drama Jika Itu Salahku TV3 Episod

Jangan ketinggalan drama “Jika Itu Salahku,” adaptasi daripada novel “Bukan Salahku” karya Liza Nur yang ditayangkan di program “Lestaria” TV3 bermula 17 Oktober, setiap Jumaat dan Sabtu jam 9:00 Malam. Drama 13 episod ini merupakan terbitan Global Station arahan Riza Baharudin. Ia dibintangi oleh Alvin Chong dan Sophia Albarakbah.

Jika Itu Salahku

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2025
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Drama Jika Itu Salahku TV3 Episod

 

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13
Watak Pelakon
Sophia Albarakbah sebagai Asyiqeen (Ash)
Alvin Chong sebagai Ashraff Ivan Tang
Saidah Kamarudin sebagai Pia
Shamsul Ghau Ghau sebagai Daud
Fadilah Mansor sebagai Mak Tok
Steve Yap sebagai Alex Tang
Ziela Jalil sebagai Melissa
Iman Suhana sebagai Zara
Adam Malek sebagai Aazad
Asheeqa Maleeyka sebagai Balqis
Norzaleha Iman sebagai Balqis
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Mengejar Bintang
Penyanyi: Kai Deva
Komposer: Sharon Paul
Lirik: Sharon Paul & Shah Shamsiri

Sinopsis Jika Itu Salahku

Terokai kisah dua insan, Asyiqeen dan Ashraff Ivan Tang, dalam pencarian mereka untuk erti cinta, agama, dan keikhlasan dalam hidup.

Asyiqeen membesar tanpa bimbingan agama, belajar untuk hidup melalui kekurangan dan penderitaan. Sejak kecil, dia menjaga adik perempuannya, Balqis, yang menghidap sindrom Down, sambil menanggung penderaan fizikal dan emosi daripada neneknya, Mak Tok (Fadilah Mansor). Walau bagaimanapun, satu tragedi mengubah segalanya dan menjadi titik permulaan perjalanan rohani yang mendalam.