Drama Khianat Yang Terpilih TV3 Episod

Jangan terlepas drama bersiri “Khianat Yang Terpilih” yang akan ditayangkan di slot waktu Akasia TV3 bermula 26 Februari 2026, Isnin hingga Jumaat, jam 6:58 petang. Siri 30 episod ini, terbitan Mache All Star United, diarahkan oleh Ejump Mohd dan dibintangi oleh Ben Amir, Amyra Rosli, Puteri Aishah, dan Ikmal Amry. Anda juga boleh menontonnya secara eksklusif di iQIYI, sejam selepas siarannya di TV3, melalui laman web mereka atau aplikasi yang tersedia di Google Play dan App Store.

Khianat Yang Terpilih

Episod: 30
Tarikh Tayangan: 26 Februari 2026
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 6.58 petang
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Drama Khianat Yang Terpilih TV3 Episod

 

Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Ali
Puteri Aishah sebagai Asmida
Amyra Rosli sebagai Waheeda
Ikmal Amry sebagai Fahim
Falisha Naira sebagai Afeeya
Syefik seabgai Badri
Ryn Shahira sebagai Nadia
Balkisyh Semundur Khan
Amzar Airil sebagai Wazi
Ameerul Asyraf sebagai Izhar
Bieha Aris sebagai Fara
Zulkifli Ismail
Ainina Ahmad
Draman Muhamad sebagai Haji Zane
Fadilah Mansor sebagai Hajah June
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Khianati
Penyanyi: Iman Troye
Komposer & Lirik: Amir Firdaus & Ezra Kong
Tajuk: Sayang Orang Sama
Penyanyi: Adira Suhaimi

Sinopsis Khianat Yang Terpilih

Cinta pertama Ali (Ben Amir) dan Asmida (Puteri Aishah) yang terputus sejak zaman universiti kembali bertaut secara tidak sengaja selepas masing-masing membina kehidupan sendiri. Ali kini berkahwin dengan Waheeda (Amyra Rosli) dan mempunyai seorang anak istimewa, Afeeya (Falisha Naira), manakala Asmida hidup dalam perkahwinan tanpa cinta bersama Fahim (Ikmal Amry).
Pertemuan semula mereka bermula apabila Ali mengambil alih peranan menjaga Afeeya dan mendaftarkannya di sekolah tempat Asmida mengajar.