Drama Kerana Seorang Lelaki Astro Prima Episod

Jangan terlepas drama bersiri “Kerana Seorang Lelaki,” yang akan ditayangkan pada waktu perdana di Astro Prima bermula 11 Ogos, Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang. Turut terdapat di Astro GO dan Sooka. Siri 40 episod ini merupakan terbitan Darkwave Pictures dan diarahkan oleh Michael Ang. Barisan pelakon termasuk Harissa Adlynn, Daniel Fong, Nabil Aqil, Soo Wincci, Kahoe Hon dan ramai lagi.

Kerana Seorang Lelaki

Episod: 40
Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2025
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 6 petang
Saluran: Astro Prima 105
Platform Penstriman: Astro GO / sooka
Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Mohamad Ikram, Asyira Balqis
Pengarah: Michael Ang
Produksi: Darkwave Pictures Sdn Bhd
klick
Watak Pelakon 
Harissa Adlynn Halim sebagai Kasih
Daniel Fong sebagai Daniel Wong
Nabil Aqil sebagai Amar
Soo Wincci sebagai Clarissa Wong
Steve Yap sebagai Richard
Marisa Yasmin sebagai Linda
Arena Wan sebagai Anne Wong
Aiman Ameer sebagai Ariff
Kahoe Hon sebagai Tony
Erry Putra
Azhar Amir
Bee Aishah
Nina KSC

Sinopsis Kerana Seorang Lelaki

Kematian Richard Wong mendedahkan rahsia dua keluarga, mencetuskan perbalahan keluarga mengenai harta pusakanya.

Richard Wong (Steve Yap), seorang hartawan korporat, menjalani dua kehidupan selari: satu dengan Madame Clarissa dan satu lagi, selepas memeluk Islam, dengan Puan Linda.

Peristiwa ini mencetuskan pertembungan antara dua dunia, menguji batas kepercayaan, ikatan keluarga, dan siapa yang benar-benar layak mewarisi empayar perniagaannya.

Kisah cinta Kasih dan Daniel Wong berakhir apabila mereka mendapati mereka tanpa sedar berkongsi seorang bapa.