Jangan terlepas adaptasi televisyen novel Bahagia Yang Tertangguh karya Rissa Ahdiya, yang akan disiarkan di slot MegaDrama bermula 17 November 2025, Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di Astro Ria, atau tontonnya secara atas permintaan di Astro GO dan sooka.
Bahagia Yang Tertangguh
Drama Bahagia Yang Tertangguh Astro One Episod
Sinopsis Bahagia Yang Tertangguh
Ia mengisahkan Hana, seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan yang dikawal sepenuhnya oleh kakak iparnya. Terpaksa memikul beban menjadi pencari nafkah, dia menanggung semua perbelanjaan keluarga suaminya sehingga rumahnya perlahan-lahan mula runtuh dan musnah.
Namun, ketika dia hampir hilang harapan, kedatangan seorang jiran, Armin, membawa cahaya baharu ke dalam hidupnya, membuka ruang untuknya menemui semula erti cinta, keberanian, dan harga diri. Melalui perjalanan yang penuh dengan air mata dan kekuatan, dia akhirnya belajar bahawa kebahagiaan sejati bukanlah sesuatu yang diberikan, tetapi sesuatu yang mesti diperjuangkan.