Nantikan drama ‘Perempuan Tidak Ternikah,’ yang diilhamkan daripada e-novel dengan nama sama karya Bunga Emmly, yang akan disiarkan di Akasia TV3. Diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini, ia dibintangi oleh Elizad Sharifuddin, Yusuf Bahrin, Ali Reza, Shahz Jaszle, dan Raden Zaharatul.
‘Perempuan Tidak Ternikah’ akan bersiaran mulai 17 Disember 2025, Isnin hingga Jumaat jam 7:00 Malam di Akasia TV3. Penonton juga boleh menstrim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau memuat turun aplikasi Tonton daripada Google Play dan App Store.
Perempuan Tidak Ternikah
Drama Perempuan Tidak Ternikah TV3 Episod
| Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 |
| Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 |
| Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 |
Sinopsis Perempuan Tidak Ternikah
Cerita ini mengisahkan Keisya (Elizad Sharifuddin), seorang wanita muda yang dibesarkan oleh neneknya selepas perpisahan ibu bapanya. Sementara itu, tunangnya, Adli (Ali Reza), menjadi satu-satunya harapannya apabila bapa kandungnya, Malik (Kaza), cuba mengambil kesempatan ke atasnya.
Walau bagaimanapun, kehidupan Keisya diuji sekali lagi apabila rahsia masa lalunya terbongkar: dia sebenarnya anak haram.