Drama Toksik Cinta TonTon Original Episod

Jangan terlepas siri asal Tonton, Toksik Cinta, karya terbaru Erma Fatima yang mendedahkan sisi gelap cinta dalam dunia hiburan yang glamor. Drama 30 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya dan menampilkan barisan pelakon terkenal termasuk Riena Diana, Aqasha, Keith Foo, Cristina Suzanne, Dayang Areeda, Ruzana Ibrahim, Tony Eusoff, Esma Daniel, dan Izzue Islam. Saksikan Toksik Cinta Isnin hingga Khamis bermula 27 Oktober 2025, eksklusif di Tonton.

Toksik Cinta

Episod: 30
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2025
Waktu Siaran: Isnin – Khamis
Platform Penstriman: Tonton
Skrip: Erma Fatima
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Rumah Karya Citra

Drama Toksik Cinta TonTon Original Episod

 

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28Episod 29Episod 30
Watak Pelakon
Riena Diana sebagai Karmila
Aqasha sebagai Alfi
Keith Foo sebagai Amsyar
Cristina Suzanne sebagai Farhana
Dayang Areeda sebagai Eez
Ruzana Ibrahim sebagai Anggun
Shahidan Izwan sebagai Syamiel
Naque Ariffin sebagai Ramli
Atoi Tohet sebagai Hairi
Tony Eusoff sebagai Dato Ben
Esma Daniel sebagai Sufian
Hasnul Rahmat sebagai Ayah Karmila
Vanida Imran sebagai Mak Karmila
Izzue Islam
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Fantasia
Penyanyi: Jimi
Komposer & Lirik: Iqie Hugh

Sinopsis Toksik Cinta

Cerita bermula dengan Alfi (Aqasha), seorang pengarah filem terkenal yang jatuh cinta dengan Karmila (Riena Diana), seorang influencer muda dan pelakon yang sedang meningkat naik. Percintaan mereka bermula dengan indah dan memuncak pada hari perkahwinan mereka, tetapi kebahagiaan mereka tidak kekal lama apabila Karmila memfailkan perceraian, mendakwa telah menjadi mangsa penderaan. Dengan bantuan peguamnya, Amsyar (Keith Foo), Karmila membawa kes itu ke mahkamah dan mendedahkan kisah benar, yang penuh dengan rahsia, manipulasi, dan permainan emosi.